Friday, March 29, 2024

Mangkuk Correle 2024

Kat sini tengah public holiday arini, cuti easter.  Tapi tak de mananya ai "cuti", pagi-pagi celik mata baru pukul 6, Boss ai  dah sibuk tanya suruh settlekan masalah yang pending semalam.  Ai cakap.. nanti lah tunggu pukul 8, sekarang nak "me time".   Kekeke.   

Hello Boss!.  Dengar sini.  Akibat terlalu busy sampaikan menu iftar pun baru dapat upload di siang hari ni tau.



Tak mo cerita pasal menu walaupun sedap ai masak. ๐Ÿ˜Topic arini ialah pinggan mangkuk.   Bukan tak ada mangkuk sambal yang cantik tapi jadi habit plak pakai plastik container tu je. Sebab berpenutup.  Oh ya!.  Ai tengok dah tak banyak sangat stok mangkuk corelle di pasaran Perth sekarang ni.   Masa ai beli mangkuk besar ni, tinggal tu je ada.   Harapan ai, moga nanti corelle keluarkan mangkuk kecik yg berpenutup plak supaya senang ai nak bubuh sambal.

p/s :.   Anda pula bubuh sambal dalam mangkuk apa?.   Ce share sikit.  Thank you.   Bubuh dalam mangkuk kristal pun comey kan?.



Ingatkan 2, rupa-rupanya 3!

Assalamualaikum uollz!.

Haiiii ni bukan kisah Abang Jamil cerita P Ramlee ye, tapi kisah tong sampah ni ha. Majlis Perbandaran daerah ini (Perth) sedang beralih daripada sistem 2 tong (tong sampah tepi jalan) kepada 3 tong mulai awal 2024. Ini termasuk pelancaran tong sampah  FOGO.  Apa itu FOGO?. Food Organics Garden Organics (FOGO).





Tong FOGO Penutup Hijau Limau Kasturi 240L ini dikhaskan untuk makanan dan sisa organik seperti buah-buahan, sayur-sayuran, daging dan hiasan taman.    This bin will be collected weekly.

 






Lawo plak kaler plastik ni. Sumenya free dorang supply.



Kemarin tetiba dapat TONG KECIK HIJAU ni dan 1 roll plastik sampah kecik berwarna hijau.  Ajaib juga sebab beberapa hari sebelum tu, ai baru je plan nak beli tong sampah kecik utk kegunaan tepi sinki.   Rupa-rupanya Allah bagi free je melalui Majlis Perbandaran. Alhamdulillah... jimat 20 dollars.  Motif tong ini, supaya penduduk Perth membuang sisa2 (seperti tertulis pada penutup tong ini - sila rujuk gambar bawah), ikat dan buang ke dalam tong besar yang berwarna limau kasturi tadi.





Tong besar bertutup KUNING pula untuk mengkitar semula botol plastik, kertas, tin keluli dan kaca. Tong sampah ini akan dikutip setiap dua minggu.

Untuk tong bertutup MERAH ia adalah tong sampah am  bagi bahan-bahan buangan yang tidak boleh dikompos atau dikitar semula, seperti lampin dan beg plastik. Tong sampah ini juga akan dikutip setiap dua minggu.